Demi Keselamatan, Ifa Raziah Akui Miliki Lima ‘Bodyguards’

0
98
Foto: Berita Harian

Kuala Lumpur : Penyanyi, pelakon dan pengacara, Ifa Raziah menggunakan khidmat empat hingga lima pengawal peribadi setiap kali perlu hadir ke acara-acara besar.

Ifa, 48, berkata, khidmat pengawal peribadi yang digunakan sejak 2019 adalah untuk memastikan keselamatannya terjamin dari pagi sehinggalah malam.

“Ketika penularan Covid-19 lalu, mereka menjaga agar ada penjarakan sosial antara saya dengan orang ramai.

“Lagi satu, kalau di acara, mereka juga akan uruskan dan susun atur ketika orang nak bergambar dan sebagainya. Saya melihat kepada keperluan. Kalau perlukan lima orang, saya akan panggil lima orang. Selalunya, paling kurang pun empat orang.

“Saya guna khidmat pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Tapi, seperti yang saya jelaskan, ia mengikut kesesuaian situasi.

“Kalau setakat pergi ‘shooting’ (penggambaran), memang tak gunakan khidmat pengawal sebab ada pasukan saya termasuklah suami, jurusolek dan pembantu peribadi,” katanya.

Menurut Ifa, pengawal itu juga akan memastikan bilik yang didiami dalam keadaan selamat di samping menjaga keselamatan makanan serta tetamu kehormat yang hadir ke acaranya.

“Tapi, kalau perlu ke acara-acara seperti Starvendor, memang kena guna khidmat mereka sebab ada ramai orang. Mereka akan ikut saya ke mana saja saya pergi termasuklah ketika saya buat kerja, sampailah sebelum saya masuk ke bilik tidur di hotel.

“Mereka akan masuk dulu untuk pastikan keadaan bilik selamat sebelum saya melangkah masuk. Kalau nak makan apa-apa pun, mereka akan tengok dulu makanan itu okay atau tidak. Kalau ada urusan kerja pun, mereka akan ada berdekatan dengan saya.

“Pada masa sama, kerja saya sebagai penganjur acara pun ada kalanya menerima kunjungan tetamu kehormat. Jadi, mereka bukan saja memastikan keselamatan saya terjamin, tetapi juga tetamu-tetamu kehormat saya,” katanya.

Terbaharu, Ifa bakal hadir dengan buah tangan berjudul Jangan Kecam.

“Pada 4 Januari nanti, saya akan menjalani penggambaran video muzik single baharu berjudul Jangan Kecam. Ia adalah single pertama saya di bawah KRU Music dan saya akan bergandingan dengan seorang penyanyi wanita.

“Konsepnya bukan lagu dangdut seperti yang sinonim dengan saya. Kalau nak lihat kelainan dalam muzik saya, sama-sama nantikan lagu ini yang akan dilancarkan pertengahan Januari nanti,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here