Saturday, June 15, 2024
HomeLUAR NEGARADemi Harta, Lelaki Sanggup Cederakan Ipar

Demi Harta, Lelaki Sanggup Cederakan Ipar

BANGKOK, Thailand – Pertikaian mengenai harta pusaka bertukar menjadi tragedi pembunuhan apabila seorang lelaki menembak iparnya beberapa kali di hadapan keluarga, lapor laman berita Thaiger semalam.

Sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) kelmarin, Balai Polis Chaiya dimaklumkan mengenai satu kejadian tembakan di sebuah kediaman di kawasan Pa We, wilayah Surat Thani.

Sejurus tiba, polis menemui mayat seorang pekerja ladang getah, Santi, 45, terbaring di atas rumput di hadapan rumah tersebut.

Mangsa telah ditembak beberapa das dengan kesan peluru dilihat menembusi dada dan lengan kirinya. Dua kelongsong peluru berkaliber 32 ditemui berhampirannya dan dikumpul sebagai bahan bukti.

Rumah tersebut adalah milik ibu dan saudara perempuan Santi dengan penembak yang dikenali sebagai Ole, juga tinggal di sana.

Siasatan awal mendapati, Santi membawa ikan ke rumah ibunya dan terlibat dalam pertengkaran dengan Ole sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan).

Situasi memuncak apabila Ole mengacukan senjata api dan menembak Santi beberapa kali. Mangsa cuba melarikan diri, namun rebah di pintu pagar, kira-kira 20 meter dari tempat pertengkaran bermula.

Susulan kejadian itu, ketua kampung dan polis tempatan berjaya menahan Ole. Pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada pembahagian harta pusaka.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES