Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITA384 Unit Skuter Elektrik Disita DBKL

384 Unit Skuter Elektrik Disita DBKL

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 384 unit skuter elektrik yang diletakkan di tempat awam di sekitar ibu negara kelmarin.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, tindakan sita oleh jabatan penguatkuasaan DBKL itu dilakukan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“DBKL melaksanakan tindakan khas melibatkan skuter elektrik yang diletakkan di tempat awam sekitar Kuala Lumpur pada 11 Disember 2024.

“Hasil daripada tindakan tersebut, sebanyak 384 unit skuter telah dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” kata DBKL malam tadi.

Menurut DBKL, kesemua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Jelas DBKL, tindakan dan pemantauan seperti itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kota, pengunjung dan pelancong.

“Sekiranya terdapat sebarang aduan, sila salurkan ke pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” kata DBKL.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Yang Kutuk Dulu Sekarang Bagi Semangat Kepada Saya’

0
KUALA LUMPUR – Berdepan kontroversi hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon sensasi Rozita Che Wan enggan ambil hati kecaman netizen yang dianggap tidak mengetahui...

CATEGORIES