RUMAH tangga pasangan selebriti terkenal, Victoria Beckham dan David Beckham yang selama ini dilihat bahagia, turut tidak terlepas daripada diuji kontroversi.
Semuanya berpunca selepas Beckham yang juga bekas pemain bola sepak terkenal Manchester United dikhabarkan berlaku curang terhadap isterinya pada 2015.
Bekas anggota kumpulan Spice Girls itu memberitahu suaminya ada menjalin hubungan dengan pembantu peribadinya bernama Rebecca.
Ketika pengakuan menerusi dokumentari Netflix yang ditayangkan pada 4 Oktober lalu, Beckham menyebut, episod tersebut memberi tekanan besar buat dirinya dan isteri.
Bagaimanapun, bapa kepada empat orang cahaya mata itu menafikan khabar angin tersebut apabila menyifatkan Victoria sebagai nyawanya.
“Victoria adalah ‘nyawa’ saya. Melihat isteri yang sedang bersedih membuatkan saya juga turut merasakan perkara serupa. Pada akhirnya, sehingga kini kami masih lagi bergelar suami isteri,” ujarnya.
Sumber: Kosmo