Datuk Red Sanggup Mula Dari Bawah, Cari Kerja Langsaikan Hutang

0
57
Foto: mStar

PETALING JAYA – Suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red mengundang perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hantaran sedang mencari pekerjaan dalam akaun TikToknya hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu itu, dia berharap ada pihak yang sudi memberinya pekerjaan ketika ini.

“Misi mencari pekerjaan. Harap ada sudi memberi,” katanya ringkas dalam foto tersebut.

Dalam ruangan komen pula dia menjelaskan tujuan mencari pekerjaan adalah untuk melunaskan hutang dan mencari rezeki buat anak-anaknya.

“Terima kasih semua, saya nak mencari rezeki demi anak-anak dan membayar hutang.

“Semoga tuan semua dimurahkan rezeki, bantu ikuti akaun TikTok saya,” katanya lagi.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian bahawa keputusan dua isteri Datuk Red iaitu Datin Red dan Adira yang mahu bercerai dengannya baru-baru ini adalah disebabkan hutang.

Tidak kurang juga ada yang menyarankan dia aktif dalam media sosial yang juga boleh menjana pendapatan lumayan.

“Patutlah dua isterinya minta cerai.

“Tak mengapa Datuk, jangan malu bermula dari bawah. Apa kata buat macam Adira jadi content creator?” komen netizen.

Pada Januari lalu, Datin Red memfailkan perceraian ke atas suaminya namun Datuk Red enggan menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam pada itu, Adira turut memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

Namun, proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada 5 Mac lalu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April 2024.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. — KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here