Friday, January 24, 2025
HomeSUKANDani Olmo jadi buruan Man City

Dani Olmo jadi buruan Man City

LONDON – Manchester City hampir melengkapkan pembelian pemain tengah menyerang RB Leipzig, Dani Olmo selepas pemain itu menonjolkan prestasi mengagumkan membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024.

Menurut laporan, City sedang berunding untuk mengaktifkan klausa pelepasan pemain berusia 26 tahun itu yang akan tamat dalam masa terdekat walaupun kontraknya dengan Leipzig masih panjang sehingga 2027.

Selepas menerima pujukan daripada pengurus City, Pep Guardiola, Olmo dikatakan mula menyatakan minatnya untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan rundingan semakin hampir selesai jika kedua-dua kelab mencapai persetujuan mengenai struktur pembayaran.

Olmo mempunyai klausa pelepasan bernilai £60 juta (RM363.92 juta) dan City merupakan salah satu daripada beberapa kelab besar Eropah yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Walaupun City sudah memiliki ramai pemain berbakat di posisi Olmo, namun terdapat spekulasi mengenai masa depan pemain seperti Jack Grealish, Bernardo Silva dan Kevin De Bruyne yang dikatakan berkemungkinan besar berhijrah menyertai pasukan baharu.

Terdahulu, prestasi Olmo telah menarik perhatian ramai semasa Euro 2024 selepas memainkan peranan penting membantu Sepanyol memenanginya dengan meledak tiga gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam enam penampilan di kejohanan itu.

Dia juga mempunyai musim cemerlang di peringkat kelab apabila mencetak lapan gol dan lima bantuan jaringan sepanjang kempen 2023/2024 yang menjadikannya sebagai pemain idaman buat rata-rata kelab EPL. – AGENSI

Sumber : Kosmo Online

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES