Dakwaan Warga China Sertai MM2H Dapat Status PR, Tohmahan Tidak Berasas

0
62
Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Dakwaan mengatakan warganegara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) layak mendapat status penduduk tetap (PR), hanyalah fitnah dan tohmahan tidak berasas.

Demikian tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Adalah jelas dan nyata bahawa sesiapa pun yang ingin mendapat kewarganegaraan Malaysia, perlu melalui proses dan saringan ketat.

“Kerajaan akan jamin keadaan terkawal dan tidak mudah untuk kita dengan begitu sahaja menyerahkan atau mengurniakan status kewarganegaraan, kepada sesiapa sekali pun,” katanya.

Beliau mengulas laporan media berhubung seorang menteri yang didakwa membuat pengumuman dengan menyebut, warganegara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program MM2H, layak mendapat status PR negara ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin membuat kenyataan itu di aplikasi X, selepas mendakwa ‘mendengar cerita’ mengenai perkara itu.

Ia dikatakan mempunyai hubungan dengan pengumuman oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Fahmi berkata beliau kesal kenyataan itu dibuat Pengerusi PAC sendiri, yang mempunyai kuasa dan hak untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan di Parlimen, namun gagal berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here