Dakwa Perselisihan Faham Punca Bapa Saudara Maut Ditikam Dengan Objek Tajam

0
40
Foto: Sinar Harian

KUCHING: Seorang lelaki dipercayai telah membunuh bapa saudaranya dengan menikam mangsa di kediamannya di Kampung Haji Bakri, baru baru ini pada isnin malam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz berkata, suspek ditahan sekitar jam 8.30 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

Suspek dan mangsa dipercayai mempunyai perselisihan faham sehingga berlaku pertengkaran sebelum suspek bertindak dengan menikam mangsa di bahagian dada dengan menggunakan objek tajam, iaitu sebilah gunting.

Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, Polis Padawan telah menahan suspek yang berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan. Walaubagaimanapun, motif dan punca kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here