Dakwa Masuk Laluan Pesawat AW 139, Punca Helikopter TLDM Terhempas

0
59
Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Keputusan akhir laporan nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 nyawa di Lumut, Perak pada 23 April lalu disebabkan dua faktor.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, faktor pertama adalah pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang telah ditetapkan serta memasuki laluan pesawat AW 139.

“Faktor sekunder, channelized attention oleh kru pesawat AW 139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan telah mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here