Dakwa Isteri Minta Fasakh, Punca Seorang Lelaki Bunuh Isteri Sendiri

0
48

BATU GAJAH: Suspek lelaki yang disyaki membunuh isterinya di sebuah hotel berhampiran sini semalam, telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Jun.

Permohonan reman tersebut telah diluluskan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin. Lelaki berusia 36 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah pada jam 8.33 pagi dan keluar 14 minit kemudian.

Penganggur itu direman untuk membantu polis dalam menjalankan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Semalam, media melaporkan bahawa lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada jam 2 petang selepas membunuh isterinya di sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad, dilaporkan berkata bahawa suspek disyaki membunuh mangsa yang berusia 32 tahun kerana tidak berpuas hati apabila wanita tersebut meneruskan tuntutan fasakh.

Beliau menjelaskan bahawa mayat mangsa ditemui di bilik hotel tersebut dengan kesan tikaman dan terdapat sebilah pisau di tempat kejadian.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here