Dah Kantoi Curang Dengan Suami, Isteri Pulak Merajuk?

0
135
Foto: Kosmo

BEIJING – Sebuah video tular di media sosial China memaparkan gelagat seorang wanita yang berbaring di atas jalan kerana merajuk terhadap suaminya selepas dia ditangkap berlaku curang, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian itu dirakam di wilayah Hainan pada 18 Disember lalu.

Menurut seorang saksi  dikenali sebagai Song, dia pada awalnya menyangka wanita tersebut mengalami depresi atau mabuk sehingga membuatkan mangsa  terbaring di atas jalan.

Song menghampiri wanita berkenaan untuk bertanyakan keadaan dan membantunya, namun dia tidak dihiraukan.

Ketika ingin berlalu dari situ, seorang individu menjelaskan bahawa wanita dikenali sebagai Truong itu baru sahaja ditangkap oleh suaminya berlaku curang di sebuah hotel.

Ketika bertengkar di tepi  jalan, Truong meminta si suami memujuknya untuk pulang ke rumah dengan cara berbaring di kaki lima  jalan.

Namun, permintaan wanita itu tidak dihiraukan, manakala suaminya terus beredar.

“Saya belum pernah melihat peristiwa seperti ini. Dia mengkhianati suaminya, itu adalah kesalahannya. Namun, mengapa dia meminta si suami memujuknya?” kata Song.

Video yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sangat aneh. Curang dan minta suami memujuk dan mengajak pulang. Berbaring sahaja di situ sampai tua,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here