Thursday, April 25, 2024
HomeBERITACuri 300 Biji Telur, Lelaki Dipenjara 6 Bulan

Curi 300 Biji Telur, Lelaki Dipenjara 6 Bulan

TAWAU – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Tawau selepas mengaku bersalah mencuri 10 kotak telur.

Tertuduh Rakib Hassan, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun selepas pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan selesai dibacakan.

Menurut fakta kes, tertuduh melakukan perbuatan itu pada 13 Oktober lalu kira-kira pukul 9.30 pagi di tempat letak kereta Tapak 100 Tahun Jalan Dunlop, di sini.

Tertuduh didakwa mencuri 10 kotak telur ayam bernilai RM147 milik seorang lelaki yang diletak di belakang kereta pacuan empat roda.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, seorang lelaki warga asing dihukum penjara 12 bulan selepas tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Riri, 39, mengaku bersalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) Akta yang sama di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Menurut laporan Kosmo, tertuduh telah ditahan di Kawasan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Gemuk Tawau pada 12 Ogos lalu kira-kira pukul 3.30 petang.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkap dan diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen dengan kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Sarina.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Emma, Chacha Maembong Kutuk Bella, Siap Cakap ‘Try Hard’?

0
PETALING JAYA – Enggan keruh berpanjangan, pelakon Chacha Maembong tidak berdiam diri apabila namanya turut terpalit dalam perbualan WhatsApp dipercayai antara Aliff Aziz dan...

CATEGORIES