Thursday, April 25, 2024
HomeBERITACulik Warga Palestin, Tiga Tertuduh Didakwa Ubah Wang Haram

Culik Warga Palestin, Tiga Tertuduh Didakwa Ubah Wang Haram

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk sepasang suami isteri yang pernah didakwa menculik seorang lelaki Palestin tahun lalu, didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM250,000 tahun lalu.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Nidarahayu Zainal, 35, suaminya Raibafie Amdan, 40, dan seorang lagi rakan mereka Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Nidarahayu didakwa melupuskan wang berjumlah RM20,650.86 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun simpanan bank CIMB Bank Berhad miliknya ke dua akaun bank iaitu CIMB Bank dan Maybank Islamic Berhad di CIMB Bank Berhad, Cawangan Taman Maluri di sini antara 15 September 2022 hingga 3 Oktober 2022.

Berdasarkan laporan Kosmo, wanita itu turut berdepan 13 pertuduhan iaitu telah memindahkan wang berjumlah RM184,985.46 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun simpanan bank sama miliknya ke dalam akaun bank milik empat buah syarikat serta lapan individu di tempat sama antara 15 September 2022 hingga 2 Oktober 2022.

Bagi perbuatan itu, Nidarahayu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang jika sabit kesalahan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Sementara bagi tertuduh Raibafie dan Tengku Arif Bongsu mereka masing-masing didakwa atas satu pertuduhan telah menerima RM30,350 dan 25,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun CIMB milik Nidarahayu dan sebuah syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing di CIMB Bank cawangan Jalan Bukit Bintang dan Taman Mutiara di sini antara 29 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 mengikut seksyen dan hukuman yang sama.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria menawarkan jaminan RM100,000 terhadap Nidarahayu dan RM50,000 masing-masing terhadap Raibafie dan Tengku Arif Bongsu.

Menurut Kosmo, bagaimanapun peguam Goh Kim Lian yang mewakili Tengku Arif Bongsu memohon mahkamah memberikan ikat jamin kerana kes culik yang dipertuduhkan terhadap anak guamnya masih belum dibuktikan.

Sementara Nidarahayu dan Raibafie yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan ikat jamin kerana mempunyai tanggungan tiga orang anak.

“Sejak kami ditahan (reman) dipenjara selama setahun dua bulan, tiga anak dijaga oleh ahli keluarga saya, jadi pohon mahkamah memberikan ikat jamin,” kata Raibafie.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Mohd. Kafli kemudian memberkan Nidarahayu diikat jamin RM60,000 manakala Tengku Arif Bongsu dan Rabafie masing-masing RM20,000.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh menyerahkan pasport selain perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan. Tarikh 20 November ini ditetapkan semula kes.

Pada 14 Oktober tahun lalu, ketiga-tiga tertuduh merupakan antara 13 individu yang didakwa atas pertuduhan menculik seorang lelaki Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa dengan secara niat bersama telah menahan Omar Z.M Albelbaisy Raeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang di sini pukul 10.40 malam pada 28 September lalu (2022) yang didakwa dibawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Kosmo! pada 5 Oktober lalu melaporkan seorang lelaki warga Palestin yang diculik menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya diselamatkan dalam kejadian pada 28 September lalu.

Mangsa dipercayai ahli perniagaan itu berjaya diselamatkan menerusi serbuan berasingan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 29 September.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES