Cuaca Cerah Hampir Seluruh Negara, Pagi Ini

0
188
Foto: Kosmo Digital

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah hampir di seluruh negara sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, ribut petir dan hujan lebat dijangka hanya melibatkan beberapa kawasan di Sarawak.

“Hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku hanya di Sarawak iaitu di Mukah dan Bintulu.

“Sementara itu di negeri lain, cuaca cerah sehingga tengah hari,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here