MELIHAT perkongsian aktor Azhan Rani yang memuat naik gambar bersama ibunya terus terkenang lagu Ayah Dan Ibu nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman.
Mana tidaknya, Azhan berkongsi perbualan ringkas antara seorang anak dan ibu yang meminta untuk dihantar ke rumah orang tua.
Alasannya kerana tidak mahu membebankan anak untuk menjaga ibu yang sudah uzur. Tetapi, tanpa sedar anaknya juga menghampiri umur 50 tahun.
Kemudian perbualan pendek dua anak-beranak itu terhenti apabila si anak mengajak untuk berlibur ke Genting (Genting Highlands).
Biarpun ringkas, namun perkongsian itu cukup meninggalkan kesan mendalam kepada warga maya dan mengingatkan mereka kepada tanggungjawab sebagai anak.
Selain menitipkan doa, tetapi ada juga yang mendoakan semoga aktor itu dipertemukan dengan pasangan hidup sekali gus saling sama-sama menjaga orang tua.
Sumber – Kosmo! Online