Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANColdplay Hadiahkan Lagu Hujan Untuk Menghargai Peminat Di Malaysia

Coldplay Hadiahkan Lagu Hujan Untuk Menghargai Peminat Di Malaysia

PETALING JAYA – Kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay secara spontan mencipta sebuah lagu khas, Malaysian Rain pada Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Lagu tersebut dinyanyikan bagi menghargai pengorbanan peminatnya di Malaysia kerana sanggup bertahan meskipun cuaca hujan sepanjang konsert berlangsung, lapor Kosmo.

Vokalisnya, Chris Martin berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa jumlah peminat di negara ini luar biasa sehingga sanggup menunggu selama 27 tahun menantikan konsert sulung mereka di Malaysia.

“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia.

“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi dengan kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” katanya pada konsert di Bukit Jalil malam tadi.

Dalam pada itu, nyanyian terakhir Coldplay lagu Malaysian Rain menerima sorakan sangat gemuruh apabila liriknya berkisahkan suasana dan keadaan semasa sepanjang konsert berlangsung.

“I have been to Europe, I have been to Spain, but there is nothing quite as beautiful as the Malaysian rain. Whenever I am down, whenever I am in pain, I love to stand in Malaysian rain.

“Weather around down and weather around me, I love to stand here with Malaysian rain,” nyanyi Chris Martin.

Terdahulu, kira-kira 85,000 peminat Coldplay membanjiri SNBJ dan sebahagian mereka sanggup beratur seawal 7 pagi menunggu di pintu masuk stadium, kongsi Kosmo lagi.

Rata-rata penonton yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang disajikan Coldplay malam tadi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES