Cinta Ini Akan Sentiasa Untuk Awak Walaupun Takdir Kita Belum Pasti – Mimi Lana

0
200

PETALING JAYA – Pelakon Mimi tetap mengungkapkan perasaan cinta terhadap bekas tunangnya, Syafiq Kyle, yang tidak pernah berubah walaupun hubungan mereka tidak sampai ke jenjang pelamin.

Mimi, yang nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, menyatakan perasaan tersebut sebagai ucapan istimewa kepada Syafiq sempena ulang tahunnya yang ke-32, semalam.

Melihat kembali galeri foto saya pada hari istimewa awak sedikit melukakan saya. Masa telah berlalu, tetapi anda sentiasa menjadi tempat saya bersandar pada saat susah dan senang.

“Cinta ini akan sentiasa untuk awak walaupun takdir kita masih belum pasti. Selamat hari lahir bintang saya dan selamanya kembar saya,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Dalam entri tersebut, pelakon filem Pusaka itu berkongsi beberapa gambar dan video bersama dengan kapsyen romantik yang mengusik perasaan.

Perkongsian Mimi Lana menarik perhatian pengikutnya dengan banyak yang mendoakan agar mereka kembali bertemu jodoh setelah pembatalan pernikahan pada Ogos 2023.

“Semoga Allah jodohkan kalian berdua. Amin,” kata seorang pengguna media sosial.

Allah sebaik-baik perancang. Ada jodoh pasti tak ke mana,” kata seorang lagi pemilik akaun laman sosial.

“Kami ikhlas mendoakan agar kalian berjodoh, semoga dapat disatukan secara sah dan berkasih sayang hingga ke syurga, insya-Allah. Amin,” ujar seorang peminat.

Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun, tetapi impian mereka untuk berkahwin terpaksa terhenti apabila majlis pernikahan mereka dibatalkan pada 18 Ogos tahun lalu.

Namun, pasangan ini masih menjalin hubungan baik dan terus bekerjasama dalam beberapa projek komersial. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here