Saturday, February 15, 2025
HomeVIRALCikgu Siva Buat Kolam Bendera Palestin

Cikgu Siva Buat Kolam Bendera Palestin

PETALING JAYA – Sempena sambutan Deepavali akan datang, seorang guru seni telah mendapat perhatian di media sosial apabila menghasilkan seni hiasan ‘kolam’ yang memperlihatkan bendera Palestin dengan indahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @koodugal di TikTok, individu yang dikenali sebagai Cikgu Siva dilihat menggunakan beras berwarna merah, putih, hijau dan hitam untuk membentuk kolam tersebut.

Kolam umumnya dilukis menggunakan tepung beras, beragam jenis beras berwarna, serta dihiasi dengan bunga-bunga cantik dan lampu berwarna-warni, lapor Kosmo.

Hasil seni ini benar-benar memikat hati ramai dan mendapat pujian daripada pengguna media sosial.

“Cantik sangat. Terima kasih kerana bersama Palestin,” komen Izza Fadzil.

“Rasa sebak dan terharu melihat rakan-rakan yang bukan muslim menunjukkan solidariti terhadap penduduk Palestin,” tulis Noor Hidayah Shafie.

“Terima kasih dan selamat menyambut Deepavali buat Cikgu Siva dan sekeluarga, semoga lebih ramai lagi yang buka mata untuk isu Palestin ini,” tambah Dina.

Hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan, 195,000 tanda suka dan 10,400 komen, kongsi Kosmo.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES