Saturday, February 15, 2025
HomeBERITAChina Mula Guna Hos AI, Boleh Jual Produk Tanpa Henti

China Mula Guna Hos AI, Boleh Jual Produk Tanpa Henti

Beijing: Perniagaan dalam talian di China semakin bergerak ke hadapan apabila menampilkan hos dijana kecerdasan buatan (AI) untuk menjual produk.

Berbanding hos yang biasanya terdiri daripada individu popular dan pempengaruh, hos AI tidak jemu-jemu untuk menjual barang, malah boleh bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Oddity Central melaporkan, penstriman langsung adalah saluran pemasaran yang paling menguntungkan hari ini, dengan pengaruh popular di platform seperti Taobao dan Douyin menyebabkan barangan habis dijual dalam masa hanya dalam beberapa jam.

Bagaimanapun, perniagaan dan jenama memperuntukkan kos tertentu untuk tujuan itu. Ia termasuk untuk khidmat hos, kru dan pembantu jurukamera ketika penstriman langsung. Paling penting, setiap hos atau pempengaruh popular itu juga perlu berehat.

Di sinilah ‘klon’ hos ini memainkan peranannya. Trend ini turut dilaporkan menerusi MIT Technology Review, baru-baru ini. Ia bermula dengan pemerhatian tengah malam yang mendapati banyak saluran beli-belah popular di Taobao, DouYou atau Kuaishou masih aktif. Ramai ‘penjual’ muda yang bertenaga cuba menjual semua jenis barangan kepada penonton. Bagaimanapun, ia bukan orang sebenar, tetapi adalah avatar AI.

“Jika sebuah syarikat mengupah 10 hos untuk penstriman langsung, tahap kemahiran mereka adalah berbeza-beza.

“Mungkin dua atau tiga hos utama akan menyumbang kepada 70 hingga 80 peratus daripada jumlah jualan,” kata ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat khusus AI, iaitu Chen Dan.

Bagaimanapun, prestasi jualan daripada penggunaan hos atau pempengaruh dalam talian masih tidak dapat diatasi oleh hos klon AI ini.

Cuma bagi kebanyakan syarikat, ia boleh memanfaatkan teknologi ini untuk mengautomasikan pekerjaan. Ia kerana kosnya lebih rendah, manakala ‘penjual AI’ ini boleh bekerja 24 jam sehari.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES