Tuesday, February 18, 2025
HomeSUKANChelsea Kembali Kelompok Empat Terbaik

Chelsea Kembali Kelompok Empat Terbaik

GERGASI London, Chelsea bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan West Ham United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge.

The Blues kendalian Enzo Maresca terlebih dulu ketinggalan apabila Jarrod Bowen, yang memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan akibat patah kaki, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Bagaimanapun Chelsea yang tiada pilihan kecuali menang berdepan pelawat kendalian bekas pengurus mereka Graham Potter, mula meningkatkan tekanan separuh masa kedua selepas deretan peluang dimiliki Enzo Fernandez, Cole Palmer, Noni Madueke dan Jadon Sanchez dibazirkan 45 minit pertama.

Hasilnya, pemain gantian Pedro Neto berjaya menyamakan kedudukan minit ke-64 sebelum jaringan sendiri Aaron Wan-Bissaka minit ke-74 memadam kelebihan babak pertama Hammers.

“Kemenangan ini datang setelah ketinggalan sangat penting bagi kami. Kami harus konsisten, ini adalah perkara yang paling penting mengharungi baki saingan liga,” kata Neto.

Sementara itu, kehadiran Potter yang berada di West Ham tidak sampai sebulan dengan dua kekalahan, satu seri dan satu kemenangan dalam liga setakat ini disifatkan Bowen sebagai petanda positif.

“Prestasi jauh lebih baik sejak pengendali baharu masuk.

“Ia adalah masa yang menggembirakan untuk kembali ke dalam skuad. Semoga masa yang baik akan datang untuk kami.”

Tiga mata diraih Chelsea kembali mengangkat calon pencabar kejuaraan liga tersebut ke tangga keempat dengan 43 mata di belakang Nottingham Forest (47 mata) Arsenal (50 mata) dan pendahulu Liverpool (56 mata).

Penyandang juara Manchester City (41 mata), Newcastle United (41 mata) dan Bournemouth (40 mata) mengekori rapat selepas mengharungi 24 perlawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES