Che Ta ‘Bengang’ Artis Sondol Suami Orang

0
202
Foto: mStar

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan menyokong netizen memboikot artis yang terbabit dalam isu salah laku terutama kes sondol.

Tidak menyalahkan sebelah pihak, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, andai bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jadi kedua-dua pihak harus dipersalahkan dalam isu curang.

“Jangan hanya letak kesalahan kepada wanita, lelaki pun sama. Sudah tahu ada isteri kenapa nak melayan. Yang wanita pula sudah tahu suami orang kenapa masih nak cuba?

“Umpama pepatah Inggeris ‘it takes two to tango’, kalau sama-sama tak melayan takkan menjadi. Tapi, memang ada orang yang sukakan hak orang,” kata pelakon Kiah Pekasam itu yang ditemui pada Majlis Grand Iftar Majlis Meraikan Asnaf anjuran GNI Pharma Sdn Bhd di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berkata, lazimnya orang terdekat itulah jadi perampas.

“Wanita selalunya akan sakitkan hati wanita lain dan kebiasaannya orang terdekat itulah yang tergamak jadi perampas.

“Sebab itulah saya tiada kawan perempuan dan selesa dengan keputusan dibuat.

“Orang terdekat cenderung ganggu rumah tangga sebab tahu keadaan, kehidupan dan harta benda suami kita,” katanya.

Kongsi Che Ta, dia memang meletakkan sempadan apabila berlakon dengan suami orang ketika bergelar ibu tunggal bagi mengelakkan salah faham.

“Ketika mula masuk dalam industri, saya berstatus janda. Biasanya, bila di set, saya takkan berbual sangat dengan pelakon lelaki yang sudah berkahwin atau yang ada kekasih kerana tak mahu pasangan mereka cemburu.

“Ada juga isteri pelakon lelaki memberi kata dua kepada produksi sama ada pilih saya atau suami mereka.

“Tapi, saya tak berkecil hati kerana setiap isteri memang perlu ada rasa curiga,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here