Cermin Kereta Dipecah, Telefon Dicuri Ketika Parkir Di Masjid

1
248
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Tular satu video yang memaparkan adegan seorang individu memecahkan cermin sebuah kereta Proton Saga yang diparkir di hadapan sebuah kedai berdekatan dengan Masjid Binjai, Kota Bahru, Ahad lalu.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan @fazzstore, individu yang dilihat menunggang motosikal Modenas Kriss 100 itu, mula mengendap dan menyuluh lampu ke dalam beberapa buah kereta yang lain sebelum memecahkan cermin Proton Saga berkenaan yang dipercayai ada telefon bimbit di dalamnya.

Selang beberapa saat sahaja, individu tersebut berjaya melarikan diri bersama telefon bimbit yang dicurinya itu.

“Pakat sebar biar raya dalam lokap dia ni. kasihan pemilik Saga balik kampung sekejap saja, katanya isteri dia tergesa-gesan nak naik kapal terbang ke Kuala Lumpur malam tu.

“Semoga Allah mudahkan urusan, pakat beringat la masa parkir kereta nak pergi tarawih. Jangan tertinggal barang-barang berharga dlm kereta. Tuannya tertinggal telefon bimbit dalam kereta,” ujar Fazzstore yang tampil memuat naik rakaman kamera litar tertutup itu.

Difahamkan sehingga kini, individu tersebut masih belum dijejaki dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian, diminta untuk tampil memberikan maklumat di Balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

  1. Heya this is kind of of off topic but I was wanting to
    know if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.
    I’m starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get advice from someone
    with experience. Any help would be enormously
    appreciated!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here