Sunday, October 13, 2024
HomeLUAR NEGARA'Cendawan Ajaib' Buat Juruterbang Cuba Menutup Enjin Jet Alaska Airlines

‘Cendawan Ajaib’ Buat Juruterbang Cuba Menutup Enjin Jet Alaska Airlines

NEW YORK: Juruterbang yang cuba mematikan enjin jet Alaska Airlines bulan lalu mengakui tidak berniat untuk mencederakan sesiapa tetapi mengalami halusinasi selepas mengambil ‘cendawan ajaib’.

Joseph Emerson, 44, mengaku tidak bersalah atas 83 pertuduhan cubaan membunuh penumpang dan anak kapal pesawat.

Emerson memberitahu, dia mengambil dadah jenis Psilocybin atau lebih dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’ itu dua hari sebelum kejadian semasa memperingati kematian kawan baiknya pada percutian hujung minggu.

Selepas pesawat membuat pendaratan cemas di Portland, Oregon, Emerson memberitahu polis dia mengalami gangguan saraf, tidak tidur selama 40 jam dan bergelut dengan kemurungan selama berbulan-bulan.

Menurut afidavit, Emerson sempat memberi amaran kepada seorang pramugari supaya menggarinya segera sebelum keadaan bertambah buruk, lapor Utusan.

“Saya fikir apabila menghentikan kedua-dua enjin, pesawat akan mula menuju ke arah nahas dan akan membuatkan saya tersedar kembali.

“Saya berasa sangat takut tindakan itu meletakkan diri saya dan orang lain dalam keadaan bahaya.

“Krew kabin ketika itu terpaksa mengendalikan situasi kecemasan yang tidak pernah dinyatakan dalam manual, senarai semak atau prosedur secara bertulis,” katanya kepada New York Times dalam wawancara yang diterbitkan Jumaat lalu.

Emerson mengakui tidak menangani masalah kesihatan mentalnya kerana takut kehilangan lesen juruterbang sebelum akhirnya ditangkap akibat kejadian itu.

Sumber: Utusan Malaysia

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES