Caprice Mahu Bantu MUDA Susun Semula Strategi Baharu

0
46
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice menawarkan diri untuk membantu menyusun semula strategi baharu buat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Caprice menerusi hantaran di InstaStorynya hari ini berkata, tawaran itu dibuat susulan Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman didapati bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Katanya, dia bersedia menghulurkan bantuan termasuk menyertai parti itu kerana merasakan masa depan negara adalah bergantung kepada suara golongan muda.

“Parti Muda kalau anda perlukan bantuan untuk menyusun semula strategi dan merombak parti boleh hubungi saya.

“Saya sanggup menyertai parti kerana suara anak muda sangat penting untuk masa depan Malaysia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice turut membuka ruang tinjauan meminta pengikutnya memberikan pendapat sama ada dia patut membantu Muda atau sebaliknya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas selepas didapati bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.

Menurut Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, pihak pembelaan yang mewakili bekas Menteri Belia dan Sukan itu gagal menimbulkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq hari ini turut mengumumkan mengosongkan jawatannya sebagai Presiden Muda berkuat kuasa serta-merta dan jawatan itu akan dipangku Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here