Thursday, April 25, 2024
HomeBERITACabul Kedi Golf, 2 Pengawai Kanan Tentera Dipanggil Polis

Cabul Kedi Golf, 2 Pengawai Kanan Tentera Dipanggil Polis

ALOR GAJAH – Dua pegawai kanan tentera dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung laporan membabitkan kes cabul seorang kedi wanita di sebuah kelab golf di sini, minggu lalu.

Berdasarkan Kosmo, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah berkata, kedua-dua pegawai berkenaan dipanggil pada 6 Oktober lalu susulan laporan yang dibuat oleh mangsa yang berusia 21 tahun.

“Polis menerima laporan pada 5 Oktober lalu daripada wanita tersebut mendakwa telah dicabul oleh dua lelaki sewaktu bekerja di kelab golf berkenaan.

“Berdasarkan kepada laporan tersebut, kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kedua-dua individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan Kosmo di sini, malam ini.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut merupakan pegawai kanan tentera berusia 51 dan 52 tahun yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Individu ini masing-masing berpangkat Leftenan Kolonal. Salah seorang daripada mereka turut membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut.

“Satu lagi laporan dibuat oleh rakan sekerja mangsa berusia 35 tahun yang memaklumkan dia tidak melihat kejadian berkenaan. Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES