Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARABunga Mayat Akhirnya Berbuah Selepas Beberapa Tahun

Bunga Mayat Akhirnya Berbuah Selepas Beberapa Tahun

TOKYO – Sejenis tumbuhan terancam yang menghasilkan  bunga terbesar di dunia dan berbau sangat busuk akhirnya berbuah di sebuah taman botani di Jepun, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Dikenali sebagai bunga mayat atau nama saintifiknya titan arum, ia mengeluarkan 736 buah berwarna merah terang di Muzium Alam Semula Jadi dan Sains Taman Botani Tsukuba.

Benih daripada buah tersebut dijangka bercambah bulan ini jika pertumbuhannya berjalan lancar.

Disebabkan tumbuhan itu hanya berbunga selama dua hingga tiga hari dalam setiap beberapa tahun dan pada masa berbeza, tiada satu pun daripadanya pernah didebungakan secara semula jadi di Jepun.

Proses pendebungaan tiruan juga tidak pernah berjaya sebelum ini.

Malah di Taman Botani Tsukuba yang mempunyai lebih 10 tumbuhan titan arum sekali pun, hanya satu yang mekar sejak 2012, dan kemudian hanya sesekali.

“Kami tidak tahu mengapa. Sama ada pendebungaan tidak boleh berlaku dengan debunga daripada tumbuhan ini atau debunga mempunyai jangka hayat yang terhad,” kata Ketua Penyelidik, Chie Tsutsumi.

Titan arum adalah ahli keluarga ubi keladi yang tumbuh meliar di Pulau Sumatera, Indonesia.

Walaupun ia kelihatan seperti bunga tunggal setinggi 3 meter dan lebar 1 meter, ia sebenarnya adalah kelompok bunga besar yang terdiri daripada banyak bunga kecil yang mekar.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jemput Profesor Pro-Israel, UM Diminta Perjelas Serta Merta !

0
Kuala Lumpur: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta penjelasan pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan membenarkan profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah...

CATEGORIES