Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANBunga Cinta Lestari Bakal Bernikah, Tiada Lagi Sinclair Di 'Username'

Bunga Cinta Lestari Bakal Bernikah, Tiada Lagi Sinclair Di ‘Username’

PETALING JAYA: “Sangat sedih bila username BCL sudah ditukar. Tiada lagi Sinclair.”

Itu antara komen pengguna Instagram yang meluahkan kesedihan apabila penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari tidak lagi menggunakan gabungan namanya bersama Allahyarham suami, Ashraf Sinclair sebagai usernamenya.

Bunga atau mesra disapa, BCL itu kini menggunakan username baharu, @itsmebcl menggantikan nama akaun sebelum ini, @bclsinclair.

Penukaran tersebut seolah-olah mengesahkan khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga pada 2 Disember depan dengan rakannya, Tiko Pradita Aryawardhana yang sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan aktres itu.

Meninjau ruangan komen, segelintir pengguna Instagram kecewa dan sedih selepas BCL tidak lagi meletakkan nama Sinclair sebagai username sementelah desas desus tersebut tersebar.

“Terkejut dan sedih namanya sudah tidak ada lagi perkataan ‘Sinclair’,” ujar salah seorang pengguna aplikasi tersebut.

“Tak sanka BCL akan berkahwin lagi. Sedih rasa bila nama Allahyarham suaminya tidak lagi diletak sebagai username,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Namun sebilangan peminat merestui niat penyanyi Badai Telah Berlalu itu sekiranya benar dia mahu mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.

Memetik laporan portal hiburan Indonesia, berdasarkan pendedahan oleh salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, BCL dikatakan bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali esok.

Sehingga kini, penyanyi berusia 40 tahun itu tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut sebaliknya dalam satu temubual, BCL menjawab;

“Insya-Allah, doakan ya teman-teman. Kalau kita punya keinginan, sesuatu dan niat yang baik, insya-Allah pasti ada jalannya.

“Jadi, harapnya jantung aku tenang hari itu,” katanya

Allahyarham Ashraf menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2008 itu dikurniakan seorang putera, Noah yang kini berusia 12 tahun.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES