Sunday, May 19, 2024
HomeBERITABukit Aman Siasat Papagomo, Kes Video Aibkan PM

Bukit Aman Siasat Papagomo, Kes Video Aibkan PM

KUALA LUMPUR, 19- Blogger kontroversi, Papagomo kini sedang disiasat berhubung hantaran video yang mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dikesan telah membuat hantaran video bertajuk ‘DSAI penyakit misteri tiada penawar AIDS’, Sabtu lalu.

Beliau berkata, hantaran video berdurasi 1 jam 32 minit dan 50 saat itu turut disiarkan di saluran Youtube Sir Azri.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman bawah 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komentar yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, jelas Rusdi, orang ramai diingatkan tidak menggunakan platform media sosial untuk mengulas atau memanipulasi isu-isu sehingga menyentuh isu ketenteraman awam, prinsip moral, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan.

Malah katanya, polis akan mengambil tindakan tegas tanpa komromi terhadap mana-mana pihak dikesan melakukan perbuatan seperti itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES