PETALING JAYA – Sebuah video yang memaparkan aksi vokalis Coldplay, Chris Martin berpantun di atas pentas ketika membuat persembahan di Jakarta tular di media sosial apabila turut menyelitkan ‘tagline’ popular ‘pinjam seratus’.
Menerusi perkongsian di aplikasi X oleh @luvbananapie semalam, Chris dilihat sedang berpantun dalam bahasa Melayu mengikut irama muzik yang dimainkan.
Momen mencuit hati itu telah disambut dengan sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.
Konsert jelajah Coldplay ‘Music of the Spheres’ di Jakarta adalah merupakan penampilan pertama kumpulan Inggeris itu di Indonesia sejak ia ditubuhkan pada 1997, kongsi Kosmo.
Selain Indonesia, Coldplay juga memilih Stadium Nasional Bukit Jalil untuk diadakan persembahan seterusnya bagi konsert jelajah mereka pada 22 November depan.
Sumber: Kosmo