KUALA LUMPUR – Bakal digandingkan dengan duda terhangat Fattah Amin, pelakon sensasi, Sophia Albarakbah tidak melihat kerjasama dalam sebuah drama bakal mencetuskan spekulasi liar.
Kata Sophia, dengan siapa pun pasangan dalam drama atau filem, status seseorang aktor bukan masalah bagi dirinya, sebaliknya dia hanya fokus terhadap tanggungjawab sebagai pelakon dengan profesional.
“Bukan dengan Fattah sahaja, saya rasa status bukanlah isu. Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan ramai pelakon berbeza status, jadi tak menjadi masalah,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pengumuman pelantikannya sebagai wajah Usanita Entertainment.
Menurut aktres berusia 31 tahun itu, gandingan menerusi drama berjudul Aku Cinta Dia itu nanti bukan kerjasama pertama mereka memandangkan sekitar lima tahun lalu mereka pernah satu layar dalam filem Mimaland
“Kami pernah disatukan dalam filem Mimaland pada 2019 iaitu ketika awal pembabitan saya di arena seni. Saya juga pernah bekerja di bawah arahan Er
Erma Fatima, jadi sudah memahami cara kerjanya.
“Drama ini juga akan disiarkan menerusi platfotm TikTok iaitu pendekatan baharu diperkenalkan Usanita Entertainment. Ini sesuatu yang unik,” ujarnya.
Mengenai pelantikan tersebut, Sophia turut teruja apabila bakal bersama mengikuti aktiviti dengan Usanita Sdn Bhd bagi tempoh enam bulan musim 2025.
Terdahulu, sekitar awal tahun lalu nama Sophia terpalit kontroversi selepas didakwa intim dengan aktor Aliff Aziz ketika sama-sama membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Sumber -KOSMO! ONLINE