Budak Tingkatan Tiga Ditahan Menodai Murid Darjah Enam

0
193

JASIN – Seorang remaja ditahan polis selepas dipercayai menodai seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di rumah datuknya di Bemban di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek berusia 15 tahun dan masih bersekolah itu telah ditahan selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa mendakwa anaknya telah dinodai sejak pertengahan tahun lalu.

“Mangsa telah memberitahu ibunya mengenai kejadian tersebut pada 12.30 tengah malam tadi bahawa suspek telah melakukan perbuatan tidak senonoh pada pukul 4 petang pada pertengahan tahun lalu.

“Kelmarin pula sekitar pukul 4 petang sehingga 5 petang, mangsa mendakwa suspek telah menodainya ketika berada di rumah di Bemban,” ujarnya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut Christopher memberitahu, suspek kemudian telah muncul di rumah datuk mangsa di kawasan sama di Bemban sekitar pukul 5 pagi semalam dan membawa kanak-kanak itu ke rumahnya di Chohong sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh.

Ujarnya, suspek telah diberikan perintah reman selama tujuh hari sehingga 11 Februari ini bagi membantu siasatan.

“Perintah reman itu telah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jasin, Mohd. Firdaus Salleh bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here