Sunday, October 13, 2024
HomeLUAR NEGARABudak Sekolah Menengah Dipukul Kerana 'Sondol' Suami Orang

Budak Sekolah Menengah Dipukul Kerana ‘Sondol’ Suami Orang

JAKARTA – Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Indonesia diserang seorang wanita kerana menjalinkan hubungan dengan suami orang, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video pergaduhan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @pontianakmedia.idn. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pontianak, Kalimantan Barat.

“Diserang isteri sah, perampas suami orang yang masih belajar di sekolah menengah di Pontianak,” demikian keterangan video tersebut.

Pelajar perempuan itu dikatakan diserang isteri kepada kekasihnya di kediaman mangsa. Ketika kejadian, dia sedang berbaring di dalam biliknya.

“Awak ada hubungan dengan suami saya kan,” kata wanita itu.

Apabila mendengar soalan itu, pelajar tersebut cuba mengelak tetapi dia terus dipukul berkali-kali oleh wanita berkenaan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pukul suami juga, jangan pukul kekasihnya sahaja,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES