Sunday, May 19, 2024
HomeBERITABudak Lintas Jalan Nyaris Dilanggar Kereta

Budak Lintas Jalan Nyaris Dilanggar Kereta

SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris dilanggar sebuah kereta selepas dilihat cuba melintas jalan dengan basikal mainannya di sini, petang semalam.

Berdasarkan laporan Kosmo, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang di Kampung Semarang, Dengkil itu, kanak-kanak berkenaan didapati keluar dari kawasan rumah tanpa pengawasan ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas video aksi bahaya itu dikesan tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan mendapati, anak bongsu daripada empat beradik itu menetap bersama keluarga namun, berada di tepi jalan itu tanpa pengawasan ahli keluarga.

“Jarak antara rumah ibu bapa kanak-kanak itu jalan besar sekitar 70 meter. Malah, ibu bapa kanak-kanak itu mengakui memang sentiasa memantau anaknya bermain.

“Selepas soal siasat, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak tanpa di awasi.

“Tindakan itu boleh membahayakan nyawa kanak-kanak itu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum sehingga 20 tahun,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, beliau menasihatkan kepada orang ramai terutama ibu bapa supaya lebih prihatin dan peka terhadap anak masing-masing.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES