Monday, December 2, 2024
HomeVIRALBudak Lelaki Dijumpai Terbogel, Dicucuh Api Tanpa Sebab Oleh Kekasih Ayah

Budak Lelaki Dijumpai Terbogel, Dicucuh Api Tanpa Sebab Oleh Kekasih Ayah

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki mangsa dera yang ditemukan berbogel dan dikurung dalam tandas ketika diselamatkan di sebuah flet di Pulai, dekat sini, mendakwa sering menahan sakit akibat dipukul, selain dicucuh api oleh teman wanita bapanya.

Menurut Berita Harian, ibu mangsa dikenali Ana, 34, berkata perkara itu dimaklumkan sendiri anaknya sewaktu bertemu buat pertama kali selepas kira-kira setahun terpisah, selepas kanak-kanak berusia tujuh tahun itu diselamatkan Jumaat lalu.

Berdasarkan perkongsian, katanya, anaknya itu mendakwa kerap meminum air di dalam tandas ketika kelaparan (akibat dikurung) dan kadang-kala hanya menjamah sisa makanan yang tertinggal.

“Dia juga beritahu terpaksa menahan sakit apabila sengaja dipukul serta dicucuh api oleh teman wanita (bekas) suami (bapa mangsa) dan tiada tempat untuk mengadu nasibnya.

“Saya tidak melihat perbuatan mereka, namun siapa saja pelakunya saya tidak akan memaafkan mereka dan berharap (mereka) dibawa ke muka pengadilan.

“Saya tidak dapat bayangkan nasib jika dia (mangsa) tidak diselamatkan polis, mungkin kami kehilangannya,” katanya yang juga peniaga nasi lemak di Kuala Selangor.

Semalam media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dera ditemukan tidak bermaya, dibiarkan berbogel dan dikurung dalam tandas rumah keluarganya di Pulai, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan dua suspek ditahan untuk membantu siasatan, jelas Berita Harian.

Dalam pada itu, ibu mangsa mengakui sebak melihat fizikal anaknya itu yang berubah sehingga hampir tidak mengenalinya.

“Saya pernah buat laporan tujuh kali termasuk di Banting, Selangor kerana bekas suami tidak benarkan saya bertemu dengannya sejak lebih setahun lalu.

“Saya tidak menolak kemungkinan dia menjadi mangsa penderaan dalam tempoh setahun ini,” katanya.

Ana memaklumkan, ketika bertemu anaknya itu menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah bersamanya, namun memujuk supaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga keadaannya beransur baik.

Selain mangsa, Ana turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu yang berusia 13 dan 15 tahun, malah ibu tunggal itu juga menjaga ibunya berusia 54 tahun yang menghidap strok.

Sumber: Berita Harian

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES