Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARABudak Lebih Fokus Siapkan Kerja Sekolah Depan 'Live Streaming'

Budak Lebih Fokus Siapkan Kerja Sekolah Depan ‘Live Streaming’

BEIJING – Seorang wanita membuat rakaman siaran langsung di media sosial sebagai percubaan untuk meningkatkan tumpuan anak lelakinya dalam menyiapkan kerja sekolah.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, Zhang dari wilayah Sichuan, barat daya China mula membuat rakaman sesi pembelajaran anaknya yang berusia sembilan tahun pada minggu pertama 2024.

Dia melihat kesan yang mengejutkan apabila anaknya berjaya menyiapkan kerja sekolah dua hingga tiga kali ganda lebih pantas daripada biasa.

Menurut Zhang, lebih 900 orang memerhatikan anaknya menyiapkan kerja sekolah dan budak lelaki itu kini mampu menyiapkan tugasan hanya dalam satu sesi sahaja.

Aplikasi Douyin tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur muncul dalam penstrim langsung, justeru Zhang hanya menunjukkan tangan anaknya dan kerja rumahnya dalam sesi itu.

Kaedah inovatif Zhang telah memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang bimbang dengan kekurangan tumpuan anak-anak mereka untuk mencuba taktik yang sama.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jemput Profesor Pro-Israel, UM Diminta Perjelas Serta Merta !

0
Kuala Lumpur: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta penjelasan pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan membenarkan profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah...

CATEGORIES