Monday, December 2, 2024
HomeBERITABot Karam, Tiga Pemancing Cemas Terapung Selama Tiga Jam

Bot Karam, Tiga Pemancing Cemas Terapung Selama Tiga Jam

LABUAN- Tiga pemancing berdepan detik cemas terapung selama tiga jam selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di perairan Kampung Nagalang di sini pada petang Selasa.

Kesemua pemancing lelaki tersebut terpaksa berpaut pada bot yang karam sebelum berjaya diselamatkan sekitar jam 5 petang oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kerupang Nagalang.

Komander Operasi PBS Kerupang Nagalang, Azily Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang yang menyatakan terdapat mangsa bot karam.

“Menurut maklumat, kesemua mangsa pergi ke laut untuk memukat ikan, namun tiba-tiba bot mereka karam.

“Kesemua mereka terpaksa berpaut pada bot yang karam tersebut untuk bertahan.

“Anggota PBS yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera ke lokasi bagi operasi menyelamatkan kesemua mangsa dengan membawa mereka naik ke dalam bot pasukan tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Katanya lagi, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutntya.

“Bot mangsa yang karam juga turut ditarik dan dibawa naik sehingga ke darat.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.35 malam,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES