Black Hidap Ketumbuhan Anak Tekak, Hampir Setahun Suara Rosak

0
222

Siapa sangka, sementara sibuk menguruskan perniagaan di Langkawi, penyanyi Black Hanifah sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah ketumbuhan pada anak tekak.

Penyanyi lagu “Hanyut” itu mendedahkan bahawa dia telah hampir setahun tidak dapat memenuhi permintaan untuk persembahan kerana kehilangan suara akibat masalah polip atau ketumbuhan.

Sebelum ini, dia menghadapi kesulitan untuk melontarkan suaranya, yang memaksa dia mencari rawatan alternatif selain dari mendapatkan rawatan di hospital.

Setelah disahkan menghidap polip, Black menjalani pembedahan pada 16 Mei yang lalu sebelum mengambil cuti sepenuhnya selama seminggu.

Kini, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36 tahun, yang dikenali sebagai Black, telah kembali aktif memenuhi undangan untuk pentas dan kembali dengan semangat baru.

Alhamdulillah, memang agak lama tidak melihat Black menghadiri sebarang persembahan atau program televisyen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here