Bina Projek ‘lif’ Untuk Melancong Ke Angkasa Lepas

0
67
Foto: Kosmo

TOKYO – PENCIPTAAN projek ‘lif’ yang membolehkan pelancong angkasa lepas boleh pergi melancong hanya menekan butang ‘lif’ setinggi 35,405 kilometer dari bumi, lapor berita The Sun semalam.

Justeru, ia juga boleh membawa pelancong ke Planet Marikh menjelang tahun 2050, kata penciptanya, Perbadanan Obayashi dari Jepun. Projek gergasi ini bernilai AS$100 bilion (RM469.57 bilion) untuk menghasilkannya.

“Disebabkan mengambil masa yang agak lama dalam lingkungan masa enam hingga lapan bulan, saintis telah memikirkan cara yang paling pantas untuk sampai ke angkasa lepas dengan anggaran masa tiga hingga empat bulan atau yang paling cepat selama 40 hari sahaja,” lapor portal berita Business Insider.

Idea itu digambarkan sebagai pelik, mencabar dari segi teknikal dan berisiko kerana penambatannya perlu berada di bawah ketegangan yang cukup untuk tidak terjejas oleh kejadian cuaca ekstrem, kata seorang saintis.

Perbadanan Obayashi, telah mencadangkan pembinaan ‘lif’ angkasa itu secara teknikal bagi merapatkan jurang antara angkasa dan bumi melalui kabel yang dapat memudahkan orang ramai melakukan perjalanan ke angkasa lepas dengan mudah dan pantas, kata firma itu. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here