‘Billboard’ Lebuh Raya Terbakar, Kes Masih Dalam Siasatan Polis

1
50
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Sebuah papan tanda iklan (billboard) yang terletak di tepi Lebuh Raya Persekutuan, selepas susur keluar Jalan Gasing, di sini, dilaporkan terbakar kira-kira pukul 1.25 tengah hari tadi.

Kejadian tersebut dirakamkan oleh beberapa pengguna media sosial yang memaparkan papan elektronik itu sedang berasap.

Namun hanya sebahagian papan tanda tersebut dilihat terbakar manakala sebahagian lagi masih sempurna.

Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan jika terdapat mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut atau tidak.

Kosmo! masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak bomba. Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here