Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANBibir Tebal Macam Dato Vida, Aurel Hermansyah Diusik Nakal Oleh Netizen

Bibir Tebal Macam Dato Vida, Aurel Hermansyah Diusik Nakal Oleh Netizen

INGIN merakamkan momen gembira sebelum melahirkan anak kedua, Aurel Hermansyah yang juga isteri kepada pensohor media sosial, Atta Halilintar berdepan usikan nakal netizen.

Sesi fotografi ketika sarat hamil yang tersebar baru-baru ini mencetuskan pelbagai komen dalam platform media sosial dengan rata-rata bertanyakan mengenai bibirnya.

Menurut Kosmo, bibir anak sulung penyanyi Krisdayanti itu didakwa kelihatan sangat berbeza daripada sebelumnya, malah kelihatan lebih mungil dan tebal.

Dalam tinjauan dalam aplikasi TikTok, banyak akaun memuat naik video penggambaran tersebut dengan menambah gambar beberapa personaliti berbibir tebal lain.

Antaranya termasuklah usahawan selebriti tanah air, Datuk Seri Vida yang turut dikenali di Indonesia.

Pada sesi fotografi tersebut Aurel, 25, memilih gaun satin rona merah dengan rekaan lengan berkepok, manakala bahagian kepalanya dihiasi bunga-bungaan mawar sebagai latar, lapor Kosmo.

Begitupun, rata-rata pengikut di platform sama memuji penampilannya dalam busana merah jambu yang disifatkan lebih manis dan menawan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES