Sunday, October 6, 2024
HomeBERITABertembung Dengan Treler, Remaja Maut Digilis

Bertembung Dengan Treler, Remaja Maut Digilis

ARAU – Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung sebuah treler sebelum digilis di simpang tiga Pusat Koreksional Perlis, Jalan Kok Klang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, mangsa berusia 14 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan, lapor Kosmo.

Kosmo menyatakan lagi bahawa kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Siam Guar Nangka, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggangi mangsa dan sebuah treler bergerak dari arah Panggas menghala Jalan Kok Klang.

“Sebaik tiba di simpang tiga, treler tersebut dipercayai mahu membelok ke kiri untuk menghala ke arah Kok Klang.

“Mangsa yang dipercayai berada di sebelah kiri treler dipercayai melanggar penjuru kiri hadapan treler menyebabkan mangsa terperosok ke bawah treler dan digilis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang cuba memotong treler di sebelah kir.i

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1981,” katanya. 

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Wanita Ingat Panggillan ‘Scammer’, Rupanya Menang SSPN BSN

0
JOHOR BAHRU – Seorang warga emas wanita tidak menyangka panggilan ‘scammer’ yang diterima mengubah hidupnya apabila bergelar jutawan segera menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP)...

CATEGORIES