PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir penduduk di Flat Taman Bukit Mewah, Johor Bahru yang suka ‘mengecop’ parkir dengan meletakkan botol air.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh Nurul Marcella, menunjukkan beberapa botol air diletakkan oleh penduduk bagi menandakan kotak parkir di kawasan flat tersebut.
Tindakan tersebut sekali gus mengundang ketidakpuashatian pihak lain yang menganggap ia sebagai sikap tidak bertanggungjawab dan menyusahkan mereka yang ingin mencari parkir.
Dalam hantaran tersebut, Nurul juga menggesa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan
Hantaran itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata turut meluahkan kekecewaan terhadap sikap penduduk yang mengambil kesempatan menggunakan kawasan awam seolah-olah milik peribadi.
“Sebenarnya kita tak takut pun nak alihkan tapi kita risau mereka apa-apa kan kereta kita. Kalau kereta ada dashcam 24 jam okay jugak,” ujar Nadia.
“Pening juga kalau macam ini. Bila alihkan, mesti akan bergaduh,” kata Diella Musa.
“Mentaliti tu yang penting sebenarnya,” komen Mohammad Imran.
Sumber – KOSMO! ONLINE