Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURAN'Berselendang Jaring' Dedah Dada, Netizen Minta Elvina Buang Nama Bapa

‘Berselendang Jaring’ Dedah Dada, Netizen Minta Elvina Buang Nama Bapa

PETALING JAYA – Pelakon Datin Elvina Mohamad tetap bertalu-talu ‘diserang’ netizen walaupun telah bertindak menutup ruangan komen satu perkongsian Instagramnya.

Semua itu, natijah tampil dengan busana yang dianggap keterlaluan dalam sebuah acara baru-baru ini.

Berdasarkan Kosmo, dalam majlis tersebut, Elvina atau nama lengkapnya Norzalina Mohamad, 28, dilihat menggayakan gaun labuh berona biru gelap yang mendedahkan bahagian dada dan lengannya serta dipadankan dengan ‘hoodie’ ala selendang jaring berkilauan.

Pakaian ‘terdedah’ yang digayakan Elvina sekali gus membuatkan pengikutnya dalam media sosial berasa kurang senang, lebih-lebih lagi apabila pelakon itu mengenakan hoodie jaring untuk menutup sebahagian kepalanya, seolah-olah memakai hijab.

Sedar dirinya dikecam hebat, pelakon Takdir Yang Tertulis itu bertindak menutup ruangan komen pada gambar tersebut.

Bagaimanapun, Elvina tidak boleh lari daripada terus dikritik apabila netizen mengambil alternatif untuk menyerangnya pada hantaran berlainan dalam Instagram miliknya.

“Maaflah nak tegur. Perempuan islam di Palestin tidur pun tutup aurat sebab takut mati dalam keadaan aurat terbuka. Artis di Malaysia bangga tayang aurat dengan pakaian entah apa-apa. Tolonglah jangan memalukan islam,” ujar seorang netizen.

“Biar tak kaya, tak cantik atau tak ada nama, tapi ada agama. Jangan jahil. Jagalah agama Alah SWT. Bersyukur dilahirkan Islam. Muhasabah diri, jaga Amanah agama Allah,” tegur seorang lagi netizen.

Malah, ada netizen yang memintanya untuk membuang nama bapanya iaitu Mohamad, selepas dianggap telah memalukan agama Islam kerana gaun yang digayakan itu.

“Nama Mohamad dah boleh buang. Memalukan agama Islam,” kata seorang netizen.

Tahun lalu, Elvina pernah meraih perhatian netizen apabila tampil memakai gaun serba putih sehingga mendedahkan pangkal pahanya ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

Selepas dikritik hebat netizen, Elvina tampil memohon maaf sekiranya pakaian tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES