Saturday, June 15, 2024
HomeVIRAL"Berpantang Maut Sebelum Ajal," Prinsip Shamsiah Urus Bisnes Motosikal Terpakai

“Berpantang Maut Sebelum Ajal,” Prinsip Shamsiah Urus Bisnes Motosikal Terpakai

BERPANTANG maut sebelum ajal. Itu prinsip hidup yang dipegang wanita tabah ini apabila perniagaan yang diusahakan sejak dua dekad lalu hampir kecundang ketika pandemik Covid-19.

Menurut Shamsiah Seman, dia bangkit daripada kegagalan kerana enggan membiarkan perniagaan itu ‘terkubur’ begitu sahaja memandangkan ia adalah sumber pendapatan utama keluarganya.

Akui ibu kepada lima cahaya mata itu, bukan mudah untuk bangkit semula menguruskan bisnes jualan motosikal terpakai diusahakannya.

Justeru, dia tampil berani dengan mengubah strategi iaitu mempromosikan jualan menerusi media sosial, selain setia menanti pelanggan di kedainya yang terletak di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Nampak mudah dengan hanya mempromosikan di media sosial, hakikatnya banyak persaingan sengit terpaksa dilaluinya.

Malah, dia terpaksa menggunakan duit simpanan sendiri bagi meneruskan perniagaan terutama membayar motosikal yang dibeli daripada pihak ketiga secara tunai.

“Saya masih ingat, ketika Covid-19 melanda, perniagaan saya agak tenat dan hampir ‘bungkus’ kerana tiada pendapatan.

“Bukan setakat itu, untuk meneruskan perniagaan, saya juga terpaksa pejam mata mengeluarkan wang simpanan bagi memastikan perniagaan ini terus bernyawa,” katanya ketika ditemui Kosmo.

Berkongsi lanjut, Shamsiah turut mendedahkan, dia pernah terdetik mahu menukar haluan bisnesnya dengan berniaga makanan.

Pun begitu, apabila mengenangkan semula keringatnya selama ini, dia terus membatalkan hasrat tersebut.

Menurut Kosmo, bagaimanapun, Shamsiah masih beruntung kerana menjadi sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan mampu meneruskan legasi perniagaannya.

“Mujur ada pembiayaan daripada agensi kerajaan untuk saya gunakan sebagai modal pusingan.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu teruskan perniagaan jika tiada sumber pendapatan tambahan yang saya anggap sebagai penyelamat.

Berkat kesabaran serta tidak pernah kenal erti putus asa, dia bersyukur dan lega dapat meneruskan operasi perniagaan motosikal terpakainya itu.

Beritahunya lagi, dia menjual lebih daripada 10 model motosikal terpakai.

Katanya, Honda EX5 antara model paling laris kerana ia menjadi tarikan orang ramai khususnya penduduk kampung di sekitar Terengganu.

Pada masa sama, wanita berusia 56 tahun itu berpesan kepada mana-mana bakal peniaga atau usahawan agar menetapkan hati untuk berjaya.

Ujarnya, mereka perlu mempersiapkan diri dari aspek fizikal dan mental sebelum berniaga.

Akuinya, dalam perniagaan pasti ada onak duri dan cabaran tersendiri yang tidak dapat dielakkan.

Tambahnya, setiap usahawan perlu melalui cabaran untuk menjadi kuat dan cekal mempertahankan bisnes diusahakan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES