Thursday, April 25, 2024
HomeBERITABermula Dari Bawah, Pereka Fesyen Tempatan Kini Jana ‘Income’ Lima Angka Sebulan

Bermula Dari Bawah, Pereka Fesyen Tempatan Kini Jana ‘Income’ Lima Angka Sebulan

Menjelang awal tahun 2024 ini, semakin banyak inovasi yang dibawakan oleh pelbagai jenama terkenal.

Sampai tak menang tangan geng influencer kita nak unboxing yang mana satu dulu.

Berbekalkan konsep baharu yang lagi fresh, ramai pereka fesyen berusaha keras memastikan hasil produk mereka seperti baju, beg tangan, kasut dan banyak lagi dapat diperagakan di atas pentas pertunjukan fesyen.

Perkembangan pereka fesyen di Malaysia tidak asing lagi, malah pereka fesyen tempatan juga mempunyai standard sendiri setanding dengan negara maju lain.

Perkembangan pereka fesyen di Malaysia tidak asing lagi, malah pereka fesyen tempatan juga mempunyai standard sendiri setanding dengan negara maju lain.

Siapa yang tidak kenal Rizalman Ibrahim, baju rekaannya sering dipakai oleh VIP dan juga artis Malaysia.

Rekaan Rizalman Ibrahim juga sering menjadi pilihan selebriti terkenal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Foto: Harper’s BAZAAR Malaysia

Beliau sering dijadikan idola bagi pereka fesyen muda kerana hasil karya yang unik dan trendy.

Ini membuktikan bidang rekaan fesyen juga mampu membuka peluang kerjaya dan bukan sekadar omongan kosong sahaja.

Tetapi jika minat sahaja tidak cukup, perlu ada skil dan pengalaman untuk meraih peluang yang sama.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni ramai anak muda juga menceburi bidang yang sama untuk mendapatkan ilmu yang lebih berpraktikal.

Menyedari banyak bakat dan peluang boleh diketengahkan dalam industri fesyen, negara juga mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan lagi bidang rekaan dan fesyen dalam program di institusi pendidikan negara.

Terdapat banyak program atau kursus rekaan dan fesyen yang ditawarkan termasuklah di beberapa universiti awam terpilih sehinggalah di institut kemahiran.

Individu yang menerima tawaran ini akan melalui pelbagai peringkat pembelajaran dari tenaga pengajar yang berpengalaman dan juga pendedahan mengenai pengenalan awal teori dan pelbagai modul dalam kelas.

Penggunaan mesin jahit akan dipelajari secara terus supaya setiap pelajar lebih cekap mengendalikan peralatan. Foto: Facebook Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

Salah satu pendorong utama perkembangan ini adalah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seperti IKBN Peretak tidak hanya memberikan asas yang kukuh dalam kemahiran teknikal seperti pola dan jahitan, tetapi juga menanamkan nilai-nilai rekaan dan kreativiti yang diperlukan dalam bidang fesyen.

Pelajar akan diberi peluang menjalani latihan TVET sekaligus menyalurkan bakat dan kreativiti melalui pelbagai projek rekaan.

Bukan itu sahaja, pelajar juga akan belajar melihat penyelidikan trend fesyen semasa, pemilihan bahan yang sesuai, dan penekanan pada kebolehan menjahit.

Selain itu, aspek perniagaan fesyen seperti pemasaran dan pengurusan jenama juga diperkenalkan bagi mempersiapkan mereka untuk memasuki industri dengan pengetahuan yang menyeluruh.

Pelajar akan didedahkan dengan suasana pembelajaran yang kondusif dan penggunaan bahan tekstil di bawah penyeliaan pengajar berpengalaman. Foto: Facebook Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

Sepanjang 18 bulan tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan dengan persembahan fesyen dan aktiviti-aktiviti industri juga disediakan bagi memperluaskan pengalaman pelajar.

Lebih membanggakan, IKBN Peretak juga saban tahun melahirkan beberapa pereka fesyen terkemuka Malaysia.

Pengasas Jarum Terbang International, Aminuddin merupakan produk keluaran IKBN yang berjaya mencipta nama dalam industri fesyen tempatan dan antarabangsa.

Aminuddin merupakan bekas pelajar yang aktif dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki.
                            Foto: Facebook Akademi Jarum terbang

Baru-baru ini juga, Aminuddin telah dianugerahi Wira TVET KBS anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tahun lepas.

Setiap tahun, IKBN Peretak menawarkan tempat untuk individu yang berminat untuk menyertai program Diploma Teknologi Fesyen & Pakaian (Rekaan Fesyen).

Bagi yang berminat untuk mengetengahkan lagi kemahiran dan menjana peluang baharu, individu boleh melawat laman web dan juga sosial media IKBN Peretak untuk melihat perkembangan terkini dalam pengambilan pelajar baharu.

Peluang keemasan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia mengikut syarat dan kemasukan.

Bukan itu sahaja, pelajar juga akan disediakan dengan penginapan dan makan beserta elaun tambahan tau setiap bulan.

Nak lagi mudah terus scan QR kod yang disediakan, zaman sekarang info semua di hujung jari!
    Foto: Facebook Institut Kemahiran belia Negara Peretak

Makesure semak tarikh pendaftaran dan juga info-info untuk program ditawarkan, maklumat lanjut boleh dilayari laman web official IKBN Peretak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES