Tuesday, October 8, 2024
HomeBERITABermula 1 Januari 2024, Warga Asing Dicaj RM1 Guna Bas GoKL

Bermula 1 Januari 2024, Warga Asing Dicaj RM1 Guna Bas GoKL

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj sebanyak RM1 bagi setiap perjalanan kepada bukan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL bermula 1 Januari 2024.

Berdasarkan laporan Kosmo, DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, caj tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat laluan di sekitar pusat bandar iaitu Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah) dan Laluan 04 (Biru).

“Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch&Go, kod QR, kad kredit atau kad debit.

“Bagi warganegara Malaysia pula yang menggunakan Mykad mempunyai sistem Touch & Go adalah dikehendaki membuat pendaftaran MyKad tersebut bagi menikmati perkhidmatan percuma.

“Perkhidmatan Bas GoKL adalah percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, DBKL memaklumkan pihaknya telah menyediakan kaunter pendaftaran sejak 1 Disember lalu yang dibuka dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 7 petang melibatkan tiga lokasi.

“Antaranya Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan Hentian Akhir Pasar Seni. Petugas DBKL juga akan ditempatkan di dalam Bas GoKL terpilih bagi tujuan tersebut.

“Kaunter pendaftaran secara berkala di Lobi Menara DBKL 1 juga dibuka pada setiap hari Rabu mulai 6 Disember lepas dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 2028 2298 (waktu pejabat) atau emel kepada jpb@dbkl.gov.my,” jelas DBKL.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gangguan Bekalan Air: Beberapa Kawasan Di Ibu Kota Terjejas

0
Kuala Lumpur: Sebahagian kawasan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi dan dijangka pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari...

CATEGORIES