Friday, October 3, 2025
HomeBERITATentera Laut Itali Berhenti Iringi Global Sumud Flotilla

Tentera Laut Itali Berhenti Iringi Global Sumud Flotilla

ROM – Tentera Laut Itali mengumumkan menarik diri daripada mengiringi Global Sumud Flotilla (GSF) sebaik sahaja konvoi bantuan itu mencapai jarak 150 batu nautika atau 278 kilometer dari Gaza, lapor portal berita Al Mayadeen semalam.

Penarikan diri itu dibuat dengan alasan risiko berlakunya konfrontasi dengan Israel.

Kementerian Pertahanan Itali mengesahkan semalam bahawa kapal frigatnya akan berhenti di had sempadan yang ditetapkan, sambil menyatakan bahawa pendirian itu telah dimaklumkan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Kapal itu dijangka mengeluarkan dua amaran terakhir kepada anggota flotilla sebelum berpatah balik.

GSF yang terdiri daripada lebih 40 bot awam, membawa ahli parlimen, peguam dan aktivis.

Aktivis iklim dari Sweden, Greta Thunberg turut menyertai flotilla itu dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dan mencabar sekatan Israel ke atas Gaza.

Jurucakap misi bantuan itu dari Itali, Maria Elena Delia mengesahkan bahawa aktivis telah dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan, namun berkata, flotila itu tidak akan berpatah balik.

“Kami tidak berniat untuk mematuhi amaran Itali,” katanya sambil menuduh pihak berkuasa berusaha mengelakkan insiden diplomatik dengan Israel.

Delia memberi amaran bahawa aktivis menjangkakan satu lagi serangan oleh Israel dalam tempoh beberapa jam akan datang.

“Israel mungkin akan menyerang kami kerana semua petunjuk mengarah kepada kemungkinan itu berlaku,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TVS Lebarkan Sayap Dari Borneo Ke Malaysia

0
KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER 2025 – TV Sarawak (TVS), stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional, terus memperkukuh...

CATEGORIES