Thursday, June 11, 2026
HomeBERITATaktik Tekong Darat Seludup PATI Guna Kereta Mewah Tumpas

Taktik Tekong Darat Seludup PATI Guna Kereta Mewah Tumpas

TUMPAT – Taktik tekong darat menggunakan kenderaan mewah untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas berjaya dipatahkan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Kampung Kok Keli, Palekbang di sini pada Selasa.

Dalam operasi sekitar jam 10 malam, anggota PGA telah menyerbu sebuah rumah dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 58 tahun yang disyaki tekong darat.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bagaimanapun seorang lagi suspek melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang wanita dan 14 lelaki warganegara Myanmar di dalam dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Grand Livina.

“Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya pada Rabu.

Menurut beliau, kesemua suspek itu ditahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong darat ditahan bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Kesemua mereka telah dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tumpat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES