Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu diberikan secara menyeluruh kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira latar belakang sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup menjelang perayaan
“Ini dengan maksud (untuk) persiapan Ramadan dan juga untuk sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disiarkan secara dalam talian.
Selain itu, Anwar turut memaklumkan, bantuan SARA bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat menerusi MyKad penerima seawal 9 Jan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu sehingga RM500 pula akan dikreditkan bermula 20 Jan.
Pada 23 Julai tahun lepas, perdana menteri mengumumkan bantuan penghargaan SARA RM100 disalurkan kepada 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas menerusi MyKad.
Kredit RM100 itu sah digunakan hingga 31 Dis lepas untuk pembelian barangan asas di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
Peruntukan keseluruhan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA tahun lepas mencecah RM15 bilion, nilai tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.





