Thursday, May 14, 2026
HomeBERITA'Saya Sedia Terima Kritikan Isu SST Tapi Biar Berfakta' - PM Anwar

‘Saya Sedia Terima Kritikan Isu SST Tapi Biar Berfakta’ – PM Anwar

PUTRAJAYA: Kerajaan terbuka menerima kritikan berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun pandangan mesti dibuat berasaskan fakta, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, keputusan berhubung peluasan skop sistem percukaian dibuat tanpa membebankan majoriti rakyat.

“Apa yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh katanya kadar elektrik naik.

“Saya tak faham apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa. Kalau benar, itu kita harus betulkan dan yang saya tahu universiti awam dikecualikan.

“Jadi hal-hal ini disebar kerana kebebasan itu jadi ruang fitnah, ruang maki hamun dan saya harap saudara saudari, adik-adik kita atau anak-anak kita tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar menjelaskan, cukai amat penting kerana membantu memberi hasil kepada negara bagi membolehkan pelbagai kemudahan untuk rakyat dibina dan dibangunkan.

“Jika sesebuah negara tak ada cukai langsung, tak mungkin dapat bina sekolah, gaji penjawat awam pun sudah dinaikkan sebab cukai tak ada.

“Jadi cukai ini kalau boleh jangan bebankan rakyat terbanyak dan sebab itu kadar elektrik yang diputuskan oleh Jemaah Menteri, harus elak daripada membebankan rakyat tapi andai kata ada satu dua yang terkena, boleh kita baiki,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan, keputusan mengenakan SST kepada buah-buahan import antaranya bertujuan menggalakkan hasil penanaman tempatan kerana negara memiliki tanah yang subur serta potensi pertanian yang luas.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tetap bersikap terbuka untuk membuat pengecualian cukai sekiranya wujud keperluan sedemikian.

“Ini sama seperti permintaan daripada pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya nlai ambang kelayakan SST dinaikkan.

“Oleh itu, kita naikkan (daripada RM500,000) kepada RM1 juta, seperti yang diumumkan (sebelum ini). Ini menunjukkan kerajaan mendengar dan bertindak berdasarkan keperluan semasa,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kasihan, Orang Tak Tahu Kak Jee Ada Asma Yang Teruk’ –...

0
PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.” Demikian perkongsian...

CATEGORIES